DUSUN ECO RESORT

Hi Assalamualaikum gaiss !
Untuk post ni banyak cerita and banyak gambar. So, get ready for more picture. kihkih.
**p/s :  make sure your internet connection high speed okayhh !
Okay here we go !
Kemahiran Insaniah menganjurkan Program Kepimpinan Pewaris Bangsa untuk pelajar yang terpilih peringkat ijazah semester 1,2 & 3. Bertempat di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang pada 20/11/2015 – 22/11/2015.
Actually, I’m the one of the students selected. Itupun rabu petang baru tau. Hari jumaat nak gerak dah. Haha. Hari selasa baru balik dari 1 AES kat KL. Jumaat dah gerak Pahang pulak. And I choose to go to Dusun Eco Resort even I have another plan for Sunday. Dah lama sangat rasanya tak pergi kem atau buat sukan outdoor. This really make my excited. Last pergi kem 5 tahun lepas masa form 2. Itupun kem kepimpinan sebab saya pengawas waktu sekolah. Ramai nama yang list tak pergi. Tapi ramai jugak volunteer yang pergi.
Dua bas untuk 77 pelajar yang pergi. Kami gerak dari KJM dalam pukul 10. Bas depan kami sampai Dusun Eco Resort dalam pukul 2.30. Bas kami terlepas dari tempat masuk. Kami terpaksa meredah tol dan u-turn sebab tanah runtuh. Jalan yang u-turn tu pulak jam. U-turn punya u-turn, sampai kat Dusun Eco Resort dalam pukul 5.45. Penat, lemas semua ada. Tapi alhamdulillah sampai jugak dengan selamat.
IMG-20151124-WA0231                         Bas depan dah nak balik dah –‘
Day 1
Lepas maghrib, en.sam and the gang aka fasi suruh kitorang berkumpul kat dewan talapia. Katanya nak buat ice breaking. Bila sampai dewan, en.sam buat group random kat kitorang. Total semua ada 6 group. Saya group 2 and tak kenal seorang pun ahli group tu. Masa tulah kita nak kenal2 kann. So far so good. My group sporting belaka. Bestlah dapat group ngan diorang. Malam tu jugak setiap group kena create nama group, motto, logo dan lukiskan atas kain rentang yang diorang bagi.
IMG-20151124-WA0187
Group kitorang yang paling lambat start buat sebab masing2 nak pergi toilet lah apa. Tapi kitorang still relax sebab tak perlu pun nak gopoh2. Bila dah bincang semua, kitorang dah decide.
Nama Ahli Kumpulan :
Arif (Ketua)
Fikri
Zulaikha (el)
Aisyah (sha)
Maisarah (mai)
Shazleen (olyn)
Afiah
Azwa (wawa)
Fazi (faz)
Natasha (tasha)
Nina
Nama Kumpulan : 11 Matches
Motto : Setia • Berani • Ceria
**Gambar bendera terlupa nak tangkap
Dalam pukul 11 lebih group kitorang dah complete buat semua benda ni. Group lain baru nak start melukis logo diorang kat kain bendera tu haha. Even kitorang paling lambat start, tapi group kitorang yang pertama dapat siapkan semua ni. Bendera ni adalah amanah untuk setiap kumpulan untuk kita jaga dia sepanjang program ni.
IMG-20151124-WA0193
IMG-20151124-WA0192                         Diorang masih berbincang lagi
Day 2
Lepas solat subuh kat surau, kitorang kena siap2 pakai pakaian sukan dan kena berkumpul kat padang dalam pukul 7.15 pagi. Bila dah kena berkumpul dalam group, ada lah pulak acara memanaskan diri. Zumba lah kononnya tapi takde lagu huhu. Tapi sebelum tu, kitorang kena ‘comand’ oleh Zainal aka komander kesatria supaya berdiri tegak untuk nyanyian Lagu Negaraku. Kahkah sebiji macam masa kesatria.
IMG-20151124-WA0150           Nyanyian Lagu Negaraku
Lepas tu, kitorang buat zumba pulak. Ehh zumba apa takde lagu. Senamrobik je mampu haha. Kitorang kena leads dengan hakak2 yang lambat sampai ke padang.
IMG-20151124-WA0154       Hiyarkkk satu dua tiga satu !!
Lepas habis semua zumba senamrobik, setiap kumpulan kena buat cheerleaders masing2. Start dengan group 6, group 5, group 4, group 3, group 2 dan group 1.
IMG-20151124-WA0152maaf group lain. group kitorang (group 2) je ada gambar.
Lepas habis buat cheerleaders semua, kitorang berjalan masuk ke hutan untuk lalui halangan yang ada kat situ.
Best sangat sebab dah lama tak buat macam ni. Lagi satu group kitorang ada kerjasama yang bagus. Semua pun happening gilaa ! Even ada dua org je jejaka huhuhu. Lepas habis semua halangan ni, kita proceed pergi buat rakit pulak !! yuhuuuuuu !!
Kitorang setiap group kena ambil 24 tali, 6 buluh panjang, 2 buluh pendek dan 6 tong kosong. Proses nak buat rakit guna buluh ni memang susah kalau tak tau caranya. Kitorang dapatlah jugak sikit penerangan cara2 nak ikat tali pada buluh. Susahlah jugak sebab tak biasa ikat2 tali kat buluh ni. Tapi semua group siap dalam masa 30 minit.

 

IMG-20151124-WA0278
Taraaaaaa ! Siap dah nak berlayar
Setiap group kena lawan berkayak tapi satu rakit boleh naik 5-6 orang je. Tapi ada dua round. So, semua orang merasa naik rakit. Nak mendayung pun kena guna tangan sendiri huhu sedih.. Memang riuh laa jerit2 semua. Nak menang kann. Suara hilang pun tak kisah haha. Dengan rasa bangganya group 2 dapat tempat kedua yuhuuuu ! Tu pun saing habis dengan group 3 kihkih. Lepas habs berakit, en sam suruh kitorang semua berendam dalam air tasik tu. Sukalah semua orang dapat mandi manda. Lepas dah naik dari berendam dalam tasik, kitorang berkumpul kat dewan makan. Dah berendam, perut mesti lapar kann. Makanan kat situ pulak semua sedap2. Lepas lunch, semua balik bilik masing2 untuk mandi2 sikit sebab nak solat. Lepas solat, pakai balik baju basah tadi huhuhu.
Aktiviti seterusnya jungle tracking sambil ber’explorace’.
**Gambar sikit je sebab iPod Olyn dah habis bateri huhu.
Masa jungle tracking ni, group kitorang di antara yang lambat sampai last check point. Group lain dah seronok2 mandi dalam kolam. Group komander tulah. Last check point en sam yang jaga. Dekat check point dia, kitorang kena amek sorang satu cawan dengan sebiji telur. Telur tu telur mentah. Dia suruh kitorang pecahkan telur dalam cawan. Lepas tu dia isi susu full cream dengan air gas ice cream soda. Mula2 rasa macam yekkkk. Tapi bila minum, sedap pulak haha.
Nahh resepi dia yang betul..
-1 biji telur mentah
-Setengah cawan susu full cream
-Setengah cawan ice cream soda
Cara dia : Campurkan semua dan kacau. Lepas tu minum dan nikmati ia !
Kitorang pun jeles jugak tengok group lain dah berendam dalam kolam tu. Lepas je makan sebiji kuih, kitorang pun apa lagi. Join lah berendam sama. Sejuk gila air dia. Yang budak laki dengan fasi lawan berenang siapa lagi cepat haha. Berendam punya berendam, nak maghrib dah. Masing2 balik bilik mandi, solat apa semua. Lepas tu kena berkumpul kat dewan talapia. Malam tu, tema dia ‘Istana Diraja’. (Suka2 je bagi tema) haha. Tapi memang betul pun. Sebab en sam sebagai Sultan. Fasi2 sebagai hulubalang. Kitorang pelajar ni sebagai rakyat. Dalam istana ni, ada syarat2 dia. Kalau tak ikut syarat2, kena pasung kat belakang dewan.
Syarat2 Istana Diraja :
  • Tak boleh bersuara melainkan ketua group
  • Tak boleh berdiri. Nak berjalan kena mengesot.
  • Tak boleh senyum
Haha syarat2 dia memang lawak. Sebab nampak fasi cakap macm hulubalang diraja rasa nak gelak. Tapi tahan je. Ada budak ni kena tahan sebab dia senyum dengan gelak. Okay, time ni pun tahan je gelak. Ketua untuk setiap group kena berjumpa dengan Sultan. Sultan arahkan semua rakyat lukis peta negera dia. So, kitorang kena gabungkan kertas kajang setiap group untuk buat peta negara yang besar.
Masa tengah gamkan kertas2 kajang tu, saya ditahan. Sebab apa ?????? Ohhhh sebab saya membuntuti Sultan hahaha. Tak perasan sebab khusyuk sangat buat kerja. Jadinya, saya dibawa ke tempat pasungan. Tangan dengan mulut di gam dengan gam kertas.
IMG-20151124-WA0245

Komander sorang je laki huhu

Muka semua bahagia kena pasung sebab tak payah buat peta haha. Lagi satu kitorang kat pasungan ni bercakap je lah. Bukan kena tangkap pergi tempat pulak huhuhu.
Sementara tu, rakyat yang lain berusaha menyiapkan peta negara Sultan. Hulubalang semua dok perati jee.
Haaa gambar yang last sekali tu, hulubalang kata bulan tak muncul2. Lampu kena padam lah. Tapi peta mesti kena siapkan !

IMG-20151124-WA0241

Masa ni Sultan (Baju putih bertopi) murka sebab rakyat tak reti lukis peta negara Sultan. Peta dah siap tapi tak nampak mcm peta. Mungkin peta di bantal barangkali huhuhu. Sultan pun suruh rakyat2 buat persembahan untuk membuat hati Sultan gembira. Maka rakyat semua pun buat persembahan dikir barat (rasanya hati Sultan lagi sedih tengok dikir barat diorang hahaha). Maka berakhirlah untuk hari kedua di Dusun Eco Resort.
**psssstt ada day 3 lagi. cerita bukan sampai di sini. tunggu sambungannyaaaa………..
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s